Monday, September 14, 2009

PULAU BIDONG DEKAT DI HATI

HARI PERTAMA

Pada hari itu aku berdebar-debar kerana akan sampai ke pulau bidong. Aku menaiki bot laju ke pulau bidong, dan pengalaman menaiki bot laju sangat seronok kerana dapat melihat air laut yang berbuih-buih dan kebiruan. Oleh kerana sangat seronok aku langsung tak merasa pening yang selalu aku rasakan jika menaiki bot.Apabila sampai di pulau bidong, aku rasa sangat tertarik dengan kehijauan pulau tersebut yang sememangnya sangat cantik pada pandangan mata aku. Aku terus menjejakkan kaki ku ke pasir laut yang putih bersih dan terasa ingin bermain air laut yang biru itu. Malangnya hasrat murni itu terpaksa aku kuburkan kerana kami di suruh beratur mengikut kumpulan yang telah ditetapkan semasa di umt. Ada 4 kumpulan kesemuanya iaitu udang,ketam,pari dan jerung dan aku adalah antara ahli kumpulan udang. Setelah kami beratur mengikut kumpulan kami telah diberi kata dua oleh komandan di situ tentang pulau ini. Kami juga telah diberi tahu tentang aktiviti kami disitu. Kemudianya kumpulan kami telah diberi seorang fasi. Fasi yang akan menjaga kumpulan kami iaitu kumpulan udang adalah kak juri.Kak juri merupakan orang sabah yang tak lama lagi nak grad. Aktiviti kami yang pertama pada hari itu adalah water confident. Apa yang telah di beri tahu kami akan bakal melompat ke dalam laut. Agak menakutkan bila mendengar tapi aku rasa sangat excited untuk melompat ke dalam laut. Sebabnya..... hehehehe.. air laut tu sangat biru.Kemudian kami di ajar cara untuk memakai jaket keselamatan dengan betul, dan cara berenang. Sangat seronok. Kami terus ke bot yang akan kami naiki. Malangnya kami harus berenang ke arah bot itu. Dah nak sampai dekat bot tu, aku rasa macam di sengat sesuatu. Dan aku rasa sangat risau sebab aku takut kalau obor-obor yang sengat aku. Sengat dah la banyak kali. Sakit plak tu. Lepas tu kami disuruh menaiki bot dan berkumpul di dalam bot. Setelah di beri kata dua dan cara-cara yang betul untuk melompat, seorang demi seorang dari kami melompat dan sampai sahaja turn aku, dengan gaya dan jayanya aku dapat melompat dan terjun tanpa apa-apa masalah. Setelah itu aku kene terus berenang ke pantai. Sememangnya nak berenang ke pantai sangat memenatkan. Banyak kali aku berhenti untuk berehat sebab penat mengayuh tangan ni. Lepas tu kami di makan, makanan dia..... agak...... sedap la juga. Dapat makan nasi ngan lauk yang tak berapa nak kena dengan tekak aku dan berbekalkan air suam. Agak derita juga la aku rasakan, tapi di sebabkan dah terlampau haus dan lapar aku suapkan la juga janji dapat makan. Selepas itu kami sembahyang asar berjemaah. Kemudian kami mandi. mandi pun mandi kerbau je. Diorang kata mandi satu kali je dalam sehari, ntah macam manalah kehidupan kami yang kan datang. Owhh.... lupa nak cakap,kitaorang tak dibenarkan membawa bahan kimia seperti sabun dan syampu kerana bahan kimia ini akan merosakkan batu karang yang sememangnya perlu dipelihara. Kemudian ada aktiviti bersama dengan fasi, kami di suruh mereka satu cheersong untuk kumpulan kami. Kemudian kami pown berfikirlah macam mana nak buat cheersong nie dan dipendekkan cerita, maghrib pown da tiba dan kami sembahyang maghrib berjemaah. Masa tu aku dapat melihat matahari tenggelam,dan warnanya sangat cantik. Kami teruskan dengan aktiviti mereka cheersong yang tak habis-habis lagi nie. Lepastu masuk tido dalam khemah...... TidUR yang sangat tenang dan damai dengan bunyi hempasan ombak dan angin laut yang sejuk.

HARI KEDUA

Setelah subuh berjemaah kami melakuakan senamrobik untuk menyegarkan badan ni. Setelah itu kami diberi sarapan biskut dan air teh. Ntah kenapa biskut tu sangat sedap dicicah bersama air teh sehinggakan aku menambah biskut lagi. Setelah itu kami berkumpul dan kami di beri tahu serba sedikit tentang aktiviti pada hari itu. Kumpulan udang akan menjalani aktiviti jejak warisan,berkayak,memancing dan akhir sekali snorkeling.Kami mengikut seorang fasi yang sangat pakar dalam bab-bab masuk hutan ni. Naik hutan ni agak memenatkan dan aku rasa termengah-mengah. Batu-batu di hutan itu juga sangat licin dan tajam. kalau silap langkah je memang boleh tergolek lah macam bola bowling. Kemudian kami di perkenalkan dengan pokok tongkat ali. Kata fasi tersebut pokok itu adalah satu-satunya pokok yang tinggal. Kesian pokok tongkat ali tu. Lepas tu kami teruskan perjalanan dan kami melihat satu tong air yang sangat besar dan bawah tong tu banyak batu-batu yang berlonggok-longgok macam kubur. Seram la jugak bila tengok tu. Kata fasi tersebut tong air tersebut telah di bina oleh malaysia untuk kegunaan orang filipina yang pernah tinggal disana oleh kerana negara mereka yang ketika itu tidak stabil maka buat sementara itu mereka menumpang di pulau bidong. Setelah itu kami teruskan juga perjalanan sehinggalah kami nampak perumahan yang terbiar dan usang. Ada masjid,kuil gereja dan rumah-rumah, kereta pown ada. Selepas itu kami sampai ke pantai. disini kami akan melakukan aktiviti yang kedua iaitu berkayak. Aku berkayak dengan syida. Rasa sangat kelakar dan memenantkan berkayak lepas tu di hempas ombak.Kitaorang perlu berkayak sehingga ke tapak perkhemahan kitaorang, agak jauh jugak lah perjalanan itu. Aku tiba-tiba dah rasa pening sebab kayak kitaorang berpusing-pusing je. Tapi yang membanggakan kayak kitaorang jugak la antara yang terawal sampai. Lepas tu kami teruskan dengan aktiviti memancing yang sememangnya aktiviti yang aku paling tak suka. Kami perlu berlawan dengan kumpulan lain dan tengok kumpulan siapa yang tangkap ikan paling banyak. aku masa tu dah pening-pening lalat tak mancing pown. duduk je kat situ... kadang-kadang tu aku bagi ikan makan. hahaha..... Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti snorkeling. Warhhhh.... aktiviti ini sangat menarik dan aku dapat melihat banyak batu karang di dasar laut, ikan yang pelbagai rupa yang sangat menarik dan juga satu bulldozer yang telah berkarat. Sekali tengok macam kereta kebal.Aku ingatkan kereta kebal jepun tertinggal ke apa... rupa-rupanya bulldozer. Kata fasi tu bulldozer tu terjatuh ke dalam laut dan tidak dapat diangkat ke darat kerana berat. Dah penat-penat bermain dalam air kami pown makan. Sangat berselera kesemuanya,ialah penatlah katakan... macam biasa pada malamnya ada aktiviti bersama fasi dan juga sepatutnya ada aktiviti kebudayaan tetapi ditangguhkan kerana tiba-tiba angin sangat kencang macam nak ribut je. Kami disuruh duduk di dalam khemah dan duduk di setiap penjuru untuk mengelakkan khemah daripada terbang. Aku dah rasa gabrah semacam, dah la duduk kat pulau yang tak ada penghuninya kalau jadi ssuatu tak tau la nak cakap macam mana. Tapi akhirnya ribut dah agak berhenti dan kami pun keluar untuk pergi makan ikan bakar yang kami pancing tu. Lepas tu tido..... tak lena tido sebenarnya sebab aku tak prepare sangat persembahan budaya.



HARI KETIGA

Pagi yang sangat segar dan menyeronokkan, kerana hari ini merupakan hari terakhir aku di pulau bidong. Selepas sahaja bersarapan kami diminta berkumpul kerana majlis akan dimulakan. Kumpulan ketam telah memulakan persembahanya yang sangat menarik di samping cheersongnya yang boleh menggegarkan pulau tu aku rasalah. Kumpulan aku iaitu kumpulan udang telah membuat persembahan boria. agak menarikkkkk!!!!!! best!!!!!
kumpulan pari dengan lakonanya dan kumpulan jerung dengan dikir baratnya. Semua persembahan daripada kumpulan lain sangat menarik dan menghiburkan hati. Setelah itu kami bersiap sedia kerana ada satu lagi pertandingan iaitu pertandingan lumba kayak. Kak juri juga termasuk dan perkara yang menggembirakan kumpulan kitaorang adalah kumpulan udang menang dalam pertandingan itu. Tak sia-sia aku menjerit untuk menyokong, sampai aku rasa macam dah nak hilang suara je. Selepas itu, ada penyampaian hadiah. Kumpulan udang menang untuk pertadingan kayak,kumpulan ketam- cheersong,kumpulan jerung-kumpulan paling ceria dan kumpulan pari yang memenangi dua hamper untuk persembahan dan mancing ikan paling banyak. Kemudian kami pown bergotong-royong membersihkan sekitar tapak perkhemahan dan tapak yang lain. Kami berkemas-kemas untuk pulang. Apabila sudah sahaja sampai di bot untuk balik ke jeti tiba-tiba aku rasa sedih kerana aku tidak akan lagi sampai ke pulau bidong, tetapi sekurang-kurangnya aku sudahpun menjejakkan kaki di situ. Pulau bidong sentiasa dekat di hati.......